ULASAN:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu...
Setelah hampir sejam berbincang dengan Puan Sabariah Abdullah petang kelmarin di pejabat Saba Islamic Media Sdn Bhd, maka beliau mengambil keputusan untuk membantu menyelamatkan keadaan dengan menganjurkan mini seminar di ruang IIS supaya para NGO dan mereka yang mencintai keamanan mendapat pencerahan.
Kerajaan dan rakyat Malaysia wajib diberikan pencerahan bagaimana konflik Sulu bermula semenjak zaman kolonialis sehingga selepas perang dunia ke II, konflik Sulu dengan Filipina yang kemudian membawa kepada pencerobohan sebilangan kecil pengaku Tentera Diraja Sulu KIRAM ke Sabah.
Dalam seminar mini ini saya selaku penceramah akan cuba memberikan pencerahan sebaik mungkin untuk membantu meleraikan permasalahan ke arah satu tindakan "menang-menang" kepada umat Islam Sulu dan umat Islam Malaysia. Sangat jelas, kesengsaraan umat Islam Sulu yang sejarah perangnya lebih panjang dan lebih berdarah dari PALESTIN itu telah pun ditunggangi oleh anasir luar.
Oleh yang demikian, saya akan membentangkan juga beberapa analisis siapa sebenarnya yang MENUNGGANGI sebilangan kecil masyarakat Sulu ini.
Antara tajuk yang akan dibahas ialah:
- Sejarah Peperangan Sulu dengan Spanyol secara ringkas.
- Pemilikan Sabah dari Brunei kepada Sulu, kemudian kepada Inggeris secara Pajak dan disambung oleh Malaysia.
- Benarkah wilayah Sulu itu berjaya menjadi wilayah Filipino? Apakah akibatnya kalau pengaku Sultan Sulu itu menjadi Filipino?
- Menjelaskan secara ringkas tentang sejarah MNLF, MILF dan Abu Sayyaf serta peranan Tun Datu Mustapha membantu saudara seagamanya di Sulu mempertahankan diri dari serangan Filipina tahun 1972.
- Perseteruan Keluarga Kiram dengan Tun Datu Mustapha sebelum North Borneo sertai Persekutuan Malaysia 16 September 1963.
Juga akan membahas, bagaimana cara kenaikan Sultan Sulu yang sah di masa akan datang yang diangkat Rakyat Jelata Sulu akan menjadikan SABAH itu menjadi KEKAL berada dalam tangan MALAYSIA sampai kiamat. Satu rahsia yang tidak pernah diketahui oleh sejarahwan kita hari ini bahawa dengan mematuhi perjanjian pajakan 1878 itu, Sabah akan kekal ditangan PEMAJAK buat selama-lamanya selama mana PEMAJAK itu mematuhi konteks SYARAT "SELAMA ADA BULAN DAN BINTANG NORTH BORNEO ITU KEKAL SEBAGAI PAJAK. Maka Bulan dan Bintang ini akan dibahas secara mudah difahami sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Sulu.
Kaedah Bulan dan Bintang sebenarnya akan memerangkap KIRAM.
Jumpa di hari seminar, Wassalam.